Friday, May 22, 2009

Melayu Tunjangnya.


Salam sekalian pahlawan.

Melayu itu penuh dengan adat, kesopanan dan warisan yang tinggi. Sejak berkurun lamanya, apa yang ada dalam jiwa raga Melayu itu mahu dipertahankan. Itu identiti kita. Siapa sangka, dalam punuhnya nilai adat dan tingginya elemen kesopanan, Melayu sebenarnya adalah kunci kepada satu kebangkitan buat rantau ini. Ya. Islam di nusantara ini jika mahu bangkit, MELAYU TUNJANGNYA. Benarkah? Mengapa?

Majoriti masyarakat menganggap, Islam itu meluas. Tidak dibatasi dengan bangsa, kulit, dan bahasa. Maka, apabila ada yang menyonsong satu ideologi bahawa kebangkitan Islam di rantau ini bertunjangkan Melayu, ini dianggap perkauman, lari daripada matlamat perjuangan Islam, malah sesat. Ibaratnya, terbina dalam minda masyarakat kita satu benteng ampuh yang memisahkan antara bangsa dan agama. Tidak boleh bercampur.

Hakikatnya, pegangan ini perlu diperbetulkan. Mereka perlu jelas mengapa Melayu itu menjadi tunjang kebangkitan Islam di rantau ini. Bukan hendak menafikan hak-hak bangsa lain yang beragama Islam, namun, ada hikmah disebaliknya.

Sebenarnya, contoh mengenai masalah ini telah lama wujud. Pentas sejarah telah membuktikan segalanya. Cuma mungkin, tidak ramai yang mahu mengambil ibrah daripadanya. Dalam seerah, sewaktu baginda mahu menanam dalam jiwa masyarakat berkenaan Islam, Tauhid, dan amal, pernahkah baginda menolak kewujudan bangsa? Baginda berbangsa Quraish. Satu bangsa yang sudah cukup terkenal di Makkah akan ketokohannya, kekayaannya, kemuliaannya, dan ketinggian martabatnya. Bangsa Quraish cukup terkenal. Bijak berdagang dan mentadbir. Berteraskan ini, mereka dipilih menjadi pemimpin. Sewaktu daulah wujud, jawatan dalam negara diberikan kepada Quraish muslim majoritinya disamping tidak mengenepikan kewujudan bangsa lain. Kerana mereka cukup arif akan selok-belok masyarakat arab dan cukup bijak malah menimbun pengalaman hidupnya. Atas dasar ini jugalah, kafir musyrikin menolak dakwah. Mereka bimbang, jika dakwah diterima, bermakna mereka perlu tunduk kepada bangsa Quraish. Perlu mengakui ketuanan bangsa Quraish di bumi arab. Kerana baginda berbangsa Quraish. Padahal tidak. Meski jawatan dipegang bangsa Quraish, namun daripada segi hak selaku muslim, semua mendapat layanan samarata, hatta khalifah itu sendiri. Dan kafir yang hidup dalam negara Islam juga berhak mendapat hak-hak mereka. Jika ada juga bangsa lain yang kehebatan dan kebolehan memimpinnya seperti bangsa Quraish, maka mereka juga terpilih.

Rasa sayang yang begitu mendalam dan sensitif oleh Rasulullah terhadap bangsa dan watan terbukti saat baginda mahu meninggalkan Makkah, barhijrah ke Madinah. Andai baginda tidak ditekan dan terpaksa keluar, baginda tidak mahu meninggalkannya. Namun itulah pengorbanan. Baginda tidak taksub membabi-buta terhadap bangsa dan watan. Apabila tiba di persimpangan untuk memilih antara bangsa dan agama, Islam itu mendahului segalanya, hatta keluarga dan harta. Begitu sepatutnya.

Hal yang sama berlaku di Malaysia. Majoriti masyarakat berbangsa Melayu. Daripada 24 juta penduduk Malaysia, 14 juta adalah orang Melayu. Lihat betapa dominannya kita. Dalam tampuk kepimpinan pula, bangsa Melayu diperuntukkan sejumlah kuasa yang besar untuk mentadbir. Mari kita singkap seketika sejarah. Gemilangnya martabat Kesultanan Melayu Melaka itu adalah kerana mereka memartabatkan Islam. Dalam jiwa dididik kenal, cinta, yakin, dan berjuang untuk Islam. Daripada Sultan sehingga kepada rakyat dan hamba, semua diajak tunduk dan patuh kepada agama ini. Hal yang sama terjadi buat Kerajaan Acheh dan Kerajaan Demak. Semuanya berbangsa Melayu. Dan mereka menjadi tunjang keutuhan dan tersebarnya Islam di rantau asia tenggara ini. Kerana melayu cukup arif akan budaya, adat resam, dan sifat masyarakat di rantau ini. Kerana ini bumi Melayu. Ini tanah air kita. JIka Islam mahu tertegak di China, bangsa Cina adalah tunjangnya. Jika mahu tertegak di India, bangsa India adalah tunjangnya.

Pemikiran ini yang mahu penulis kongsi bersama. Masyrakat Melayu perlu sedar bahawa jatuh bangun Islam di bumi pertiwi ini terletak pada usaha kita. Jika kita terus leka dan lalai, Islam akan jadi bahan mainan. Kita perlu mencipta semangat kemelayuan yang mampu memartabatkan Islam. Bukan semangat kemelayuan yang semberono dan penuh dengan semangat dan slogan kosong semata-mata. Atau yang bersifat membawa kepada kepentingan peribadi. Kemuliaan perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh, Tok Ku Pulau Condong, dan ramai lagi pelakon dalam layar sejarah perjuangan negara perlu disegarkan kembali. Dengan apa? Dengan kita tentunya. Melayu abad baru. Melayu yang melahirkan tokoh-tokoh akademik, berprofession tinggi, korporat, menghidupkan pena dan lisan, barisan ilmuan dan cendekiawan atau yang kebanyakan. Semuanya berperanan memartabatkan Islam.

Ayuh sekalian bangsaku, yang cinta akan budaya dan adat ini. Kita tegakkan kembali Islam dengannya. Bangkit dari nyaman lenamu.

Usah malu berjuang.

Salam penuh takzim.

Friday, May 15, 2009

Guru dan Pendidikan : Teras Satu Kebangkitan





Salam pendidikan.

16 Mei, satu tarikh keramat tentunya. Khusus buat sekalian pendidik. Buat insan yang memegang gelaran guru. Manusia meluahkan ekspresi mereka terhadap guru dalam pelbagai bentuk. Sajak, syair, program, keramaian, dan pelbagai lagi. Terutamanya pada tarikh ini. Mengapa sehingga begini sambutan terhadap mereka? Apakah istimewanya mereka? Adakah kerana mereka mendidik anak-anak bangsa mengenal apa itu A, B, C dan 1, 2, 3, ? Atau kerana mahu membalas akan segala usaha dan daya kerja yang telah digarap kerana melahirkan puluhan pemegang sijil 8 A pmr atau menghasilkan buah kejayaan straight A's dalam spm? Adakah kerana itu? Ayuh renungi duhai sekalian pencinta kebenaran.

Kisah penurunan wahyu pertama pasti diingati ramai. Masih segar bugar dalam benak minda ini. Khasnya buat sekalian dai'e, falsafah dakwah dalamnya harus dipegang erat. Namun, pada hari ini, mari kita lihat aspek lain. Aspek yang mengaitkannya dengan Hari Guru di Malaysia. Ya, tentunya ada kaitannya. Dalam al-Quran itu semuanya ada.

Tatkala turunnya Jibril itu menyampaikan risalah daripada Ya Rabb itu, nabi sedang bersendirian. Cuba mencari ketenangan. Perlu kita ingati, nabi itu tidak tahu membaca dan menulis. Tatkala Sang Jibril memeluk eret baginda dan menyuruhnya membaca 'iq raq...' yang membawa erti bacalah. Nabi menjawab dia ini tidak tahu membaca. Gementar seluruh tubuhnya. maka Sang Jibril mengulanginya lagi. Memeluk dan menyuruhnya membaca lagi. Hal ini berulang sehingga kali yang ketiga. Adapun selepas itu, baginda yang tidak tahu apa-apa, boleh membaca ayat tersebut. Itu adalah wahyu pertama buat baginda. Ramai yang mentafsir wahyu pertama itu sebagai seruan Tuhan ke arah lapangan keilmuan untuk membangunkan Islam ini. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Bahawasanya, ilmu itu adalah tunjang peradaban bangsa dan tamadun. Tidak dapat ditolak, itu adalah antaranya.

Namun, bukan itu sahaja. Siapa yang nampak pendidikan dalamnya? Mendidik seseorang yang tidak tahu membaca kepada sebaliknya. Lantas menyebarkan apa yang diperolehinya itu kepada makhluk sekalian alam. Pelukan erat daripada Sang Jibril mampu mengubah segalanya.
Sebanarnya pelukan itu adalah diibaratkan sebagai satu tindakan personal touch daripada malaikat kepada seorang rasul. JIka ditakdirkan Jibril itu mahu mengajar sahaja, tentu bisa bagi Allah memudahkan urusan tersebut dengan hanya sekali ajaran. Tapi tidak. 3 kali diulangi pelukan dan ajaran Jibril. dan itu permulaan segalanya. Wahyu datang silih berganti kepada nabi dan dengannya, para sahabat dididik akan apa itu Islam, Tauhid, hakikatnya, peranan, amaran, sokongan dan motivasi sehingga akhirnya, dinding dan pagar jahiliah dalam jiwa mereka mampu diranapkan. Dan diatas runtuhan jahiliah itu dibina binaan iman dan Islam. Natijahnya, terbentuk Negara Madinah, Pembukaan Makkah, tumpasnya Rom dan Parsi, dan gelombang Tauhid ini sampai sehingga ke Baghdad, Istanbul, Andalusia, Morocco, India, Ciang Mai, China, dan turut tidak terlepas daripadanya kepulauan Nusantara ini. Sehinggakan asas kepada Empayar Kerajaan Melayu Melaka yang Telah melalui Zaman Emasnya turut bermula daripada wahyu pertama ini. Dalam profession pendidikan, ini adalah satu Key Performance Indicator (KPI) yang perlu diambil peduli.

Kaedah yang digunakan Sang Jibril itu amat ampuh. Pelukan yang merupakan personal touch itu amat mendalam dan besar implikasinya. Dan itu dilakukan sebanyak 3 kali. Berterusan. Itu pengajaran daripadanya. Kerana itu dikatakan guru dan pendidikan itu penting. Penting sebagai satu teras kebangkitan ummah. Sirah nabi tadi adalah buktinya. Personal touch yang dilakukan mampu meyakinkan anak pelajar untuk berjaya. Semacam satu kepercayaan dan harapan yang akan terus menyalakan api pengorbanan dan kesungguhan. Dan semestinya perlu konsistensi. Bagi memastikan apa yang diajar itu terus dapat ditangkap dan bermakna.

Dalam dunia kehidupan begitu yang terjadi. Seharusnya guru itu diraikan kerana ini. Kaitan antara pelajar dan guru amat besar ertinya. Buat sekalian da'e, inilah kisah antara seorang murabbi dan mutarrabbi. Hendak membentuk pilar-pilar tersebut agar memahami fikrah dan menghidupkannya perlu akan personal touch. Pendekatan yang diperlukan terhadap mereka ini tentunya berbeza antara satu sama lain. Intipati yang hendak disampaikan bukan hanya satu ilmu, malah mahu membentuk mereka menjadi batu bata sebagai asas kepada binaan Islam. Itu matlamatnya.

Akhir kalam, SELAMAT HARI GURU buat sekalian guru, pendidik, dan murabbi yang telah membentuk penulis menjadi apa penulis sekarang ini. Usaha kalian yang pelbagai itu amat bermakna dan besar ertinya. Sama ada pelajaran linguistik, sains, kalkulus, kemanusiaan dan ilmu perjuangan yang dicurahkan dalam keadaan formal atau tidak. Moga ke atas kalian rahmat dan taufik Penguasa segala apa yang ada dilangit dan bumi ini dicurahkan.

Teruskan mendidik.

Salam kasih dan sayang

Wednesday, May 6, 2009

Muslim dan Dunia Kepenggunaan

Salam duhai pengguna.

Disebut sahaja muslim dan pengguna, bagai merpati dua sejoli. Tidak boleh dipisahkan, tidak mahu terpisah, atau mungkin juga mememilih untuk kekal bersama. Kita sudah sebati diistilahkan sebagai pengguna sejati. Malah ada juga yang berbangga dengan status itu. Mana tidaknya, apabila memperagakan produk keluaran syarikat asing pada diri dan dengan mudahnya menjadi tumpuan masyarakat, itu sesuatu yang membanggakan. Baik dari aspek pakaian, makanan, jenama telefon bimbit, alatan solek dan pelbagai lagi perkara yang menjadi pilihan kita. Bukan untuk menuduh sesiapa, namun setuju atau tidak, itu hakikatnya.

Apa yang ingin dikongsi kali ini, mari kita renungi dengan lebih mendalam, akan apa yang berlaku sekarang ini. Mengapa kita menjadi masyarakat pengguna? Adakah kita masyarakat pengguna? Salahkah kita menjadi pengguna yang setia kepada sekalian produk yang ada? Adakah muslim itu sendiri memiliki produk untuk dipasarkan? Mana yang harus diutamakan, antara menyokong mereka atau memilih yang terbaik untuk diri kita? Inilah rangkaian soalan kepada kempen boikot yang sibuk dicanangkan mutakhir ini. Benarkah ini paksi persoalan kepada fenomena ini?

Secara terbuka, bukan itu semata-mata persoalannya. Demikian adalah isu-isu kecil. Masih ada yang tersingkap disebaliknya. 1924, Turki. Itu jawapannya. Andai ada peluang, balik ke sana dan ambil jawapannya. Kini yang tinggal hanya lipatan sejarah, yang giat mahu ditebar dan dibuka kembali. Tatkala runtuhnya empayar Khalifah Islam Turki Uthmaniah, Islam ibarat rumah yang keruntuhan tiang serinya. Angkara kmplot licik musuh dengan Attartuk sebagai boneka, segala yang dimulakan nabi kita, Muhammad, ranap. Ranap satu sistem yang menjadikan rububiah dan ubudiah sebagai tunjang. Sistem berteraskan syahadah dalam segenap aspek kehidupan lebur. Natijahnya, al-Quran dan sunnah jauh dari diri individu itu.

Kebrobokan sistem dan kebejatan sosial mutakhir ini segalanya berpunca daripada itu. Runtuhnya sistem Islam manyebabkan kita tiada lagi naungan dan bercerai-berai. Bagai anak-anak ayam bertempiaran lari jadinya. Ini membuka ruang buat pelbagai sistem ciptaan manusia yang rakus dan menjauhkan Islam mentadbir bumi. Dari sudut siasah, politik, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, sukan, penyiaran, malah tidak terkecuali juga perniagaan, okonomi, dan perindustrian. Lihat sahaja di Malaysia ini, meski tampuk pemerintahan itu kita yang pegang, namun ekonominya, dijana bangsa lain. Yang menjadikan kapitalis sebagai tunjang. Lebih 50% ekonomi dipegang bangsa Cina. Hatta sampai ke pekan-pekan kecil sekalipun, bangsa ini masih membuka kedai untuk berniaga. Mereka sudah menjadikan ini sebagai satu budaya. Dan kita, masih terus menjadi pengguna yang setia.

Apabila tiada sistem Islam yang mahu menaungi ini, produk kita sukar dipasarkan. Yang diutamakan adalah produk bukan Islam. Media yang tidak berteraskan Islam telah mempromosikan produk tersebut sehangat mungkin. Televisyen, akhbar dan lain-lain. Maklumat mengenainya sentiasa sampai kepada masyarakat. Apabila sudah kerap dibekalkan dengan info mengenainya, kita pasti mencubanya. Dan sasarannya adalah anak-anak kita. Ya. Mereka adalah golongan sasaran. Jika semenjak kecil dididik makan KFC, MC Donald, Starbucks, dan seumpamanya, pasti berubah malah ketagih selera mereka. Apabila berulang dan berterusan sistem ini, kita bakal menjadi umat pengguna secara total.

Yang lebih menyedihkan, bukan sahaja makan cara barat, malah pakaian, pergaulan dan lebih menyedihkan pemikiran juga menurut acuan barat. Apabila pemikirannya begitu, segala sistem yang mahu diterapkan barat dalam negara kolonial itu misalnya diterima semata-mata. Inilah kesan menjadi pengguna sahaja. Yang menyedihkan, kita yang memilih jalan ini, dan yang lebih menyedihkan, kita turut memilih untuk terus berada dalam jalan ini. Tanpa mahu bangkit dan terus menegakkan hak-hak kita.

Penyelesaiannya? Memadaikah dengan hanya menghebahkan negara ini mahu menjadi hab halal dunia? Cukupkah dengan hanya mengeluarkan dan menyokong produk-produk muslim? Ya, ini sebahagian daripada yang kita perlu lakukan. Namun, yang lebih besar itu perlu kita lihat dan tafsir sebaik mungkin. Manakan dapat terjual produk muslim jika tiada pembelinya. Masakan pembeli mahu membeli jika dia sendiri juga tidak memahami mengapa perlu membelinya. Dan masakan pemahaman itu dapat dipupuk dan dicerna jika tidak melalui satu proses pendidikan yang berterusan. Bukanlah bermaksud membuka matapelajaran kepenggunaan, namun, mendidik hati agar sentiasa peka akan isu umat. Sentiasa mahu mengutamakan yang halal daripada muslim. Dan yang perlu lebih diterapkan adalah bahawa kepenggunaan ini berkaitan dengan isu khalifah. Pengguna perlu nampak kepentingan memiliki sistem khalifah yang bisa menjadi penaung dan payung kepada sekalian umat termasuklah dalam isu kepenggunaan ini. Maka yang lebih utama adalah membina khalifah. Bermula dengan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, menolak pemerintahan asing, membentuk pemerintahan muslim, membina khalifah, dan akhirnya menjadi mahaguru, tuan, dan pusat rujukan dalam alam ini. Ini matlamat kita.

Bukan niat penulis untuk merendahkan usaha jihad melalui penghasilan produk ini. Teruskan. Umat amat memerlukan usaha ini. Namun, perlu difahami, usaha ini tidak akan menemui puncak kejayaannya melainkan kita memiliki khalifah. Itu penaung kita. Maka, duhai sekalian umat, ayuh bertatih,bergerak malah kemudian berlari kearahnya. Carilah sekalian banyaknya wadah-wadah yang menuju ke arah ini. Moga impian kita daripada pengguna kepada pengeluar menjadi realiti.

Khalifah penaung umat.

Salam pengeluar.

Sunday, May 3, 2009

Khas Buat Sekalian Remaja!!!!



Ayuh..sertai jambori ini. Bukan sekadar untuk bersuka-sukaan sahaja. Isi rohani dan jasmani dengan hidangan penuh bermakna.

Ingat : REMAJA PEWARIS NEGARA

Saturday, April 25, 2009

AYUH!!!



Buat sekalian teman, ayuh, lapangkan masa sertai konvensyen ini. Zahirkan sokongan buat saudara-saudara di Palestin. Sebarkan sebanyak mungkin.

Ingat : PALESTIN ITU ISU UMAT

Friday, April 24, 2009

Tokoh : Menanti Kelahiran Atau Rentetan Pembinaan

Salam daripada penulis.

Kemunculan seseorang yang mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat amat dinantikan. Kagum, terpesona, dan dihormati adalah perasaan asas daripada masyarakat buat seorang tokoh. Sultan Muhammad al-Fateh misalnya. Satu nama yang tidak asing bagi individu yang menelaah sejarah. Meski jasad sudah tiada, namun, jasanya membebaskan konstatinopal daripada tentera salib menyebabkan namanya disebut sehingga kini. Salahuddin al-Ayubi juga nama yang tidak asing. Mereka memiliki kemampuan memimpin masyarakat dan seterusnya membawa gelombang perubahan menentang arus kemudaratan.

Itu adalah tokoh-tokoh kita. Mereka juga manusia seperti kita. Miliki sifat semulajadi yang sama. Mampu makan, bargerak, miliki perasaan umpama sedih, gembira, marah, dan yang penting juga, mereka juga adalah muslim. Kita muslim bukan? Percaya pada Tuhan yang satu yang menguasai sekalian yang ada dilangit hatta di bumi. Maka secara kalkulusnya, figure-figure tersebut mampu dijelmakan semula. Salahuddin mampu muncul lagi. Al-Fateh juga mampu muncul lagi. Tidak begitu?

Kita mengharap kemunculan semula mereka. Namun, satu aspek yang lebih penting yang tidak kita sedari bahawa, sesungguhnya mereka itu bukan lahir begitu sahaja. Bukan secara tiba-tiba sahaja muncul nama-nama itu. Adakah cukup dengan hanya berdoa sahaja bakal muncul mereka? Inilah yang selalu kita, umat Islam terutamanya, malah Melayu di rantau ini selalu tidak perasan atau sengaja buat-buat tidak perasan, atau mungkin juga memilih untuk tidak perasan. Soal bagaimana membentuk tokoh tersebut.

Atara kita sedari atau tidak, mereka itu semuanya melalui satu proses pendidikan yang mantap. Satu sistem yang mana potensi-potensi diri mereka mampu dikembang dan ditingkatkan.Sultan al-Fateh sebagai contoh. Bapanya sendiri seorang sultan yang hebat. Begitu juga dengan datuknya. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah memimpim kampen untuk membebaskan konstantinopal. Semenjak kecil, al-Fateh itu dididik dengan cukup rapi. Sultan Murad, bapanya, membenarkan al-fateh dipukul okeh gurunya sewaktu belajar. Tiada halangan diberi oleh beliau. Gurunya yang hakiki ialah Syeikh Samsettin. Beliau daripada keturunan Abu Bakar as-Siddiq. Pelbagai bidang keilmuan dicurahkan meski umurnya muda remaja. Tatkala berusia 14 tahun, al-Fateh telah dihantar menjdi gabenor. Menjadi satu kelaziman untuk melatih bakal-bakal sultan sewaktu itu. Al-Fateh sudah mampu mengkaji punca-punca kelemahan umat dan bagaimana mahu mengatasinya lantas berusaha membebaskan Konstantinopal. Hasrat datuk dan bapanya itu mampu direalisasikannya. Usia 18 tahun, beliau berjaya membabaskannya.

Lihatlah bagaimana seorang tokoh itu dibina.Cukup berbeza dengan kita kini. Anak-anak pantang dimarah guru, terus mengadu. Umar setahun jagung, sudah tahu bercinta cintan. Belajar tidak seberapa, bergaya kena sentiasa. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang belum menamatkan pmr dan spm, namun sudah bergelar ibu dan bapa, perut menbunting, dibawa merata. Ini adalah hasil apa yang kita didik dan terapkan kepada anak-anak kita.

Namun, masih ada lagi yang terus mengharap dan menanti,al-Fateh itu lahir kembali. Hasrat melihat Gazza dibebaskan dan Islam kembali mantadbir alam melangit tinggi dalam sanubari. Buat sekalian pencinta agama ini, sama ada malalui lapangan politik, ekonomi, program umum dan sebagainya, mahu akan ia. Namun, wajarkah sekadar mengharap? cukupkah dengan hanya bermimpi? Tidak.Al-fateh itu perlu dibina. Datuknya terbina. Bapanya terbina. Maka dia juga terbina. Begitu juga kini dan selamanya. Kita perlu membina diri dan kemudian anak-anak kita. Perancangan pembinaan itu perlu jelas dan dimulakan seawal mungkin. Itu yang dikatakan fikrah yang diwarisi. Ia satu sunnah yang perlu diikuti dalam perjuangan ini. Sultan Murad mewariskan fikrahnya kepada al-Fateh. Hassan al-Bana mewariskan fikrahnya kepada anaknya. Dan bagaimana pula kita? Hai sekalian pencinta dan penggerak agama ini. Jangan sekadar berharap dan memberi pengisian sahaja. Anak kita adalah mad'u terdekat. Mereka yang perlu difikirkan juga bagaimana untuk bersama di jalan ini.

Secarah ringkasnya, tokoh terlahir begitu. Pendakwah terbentuk begitu. Pejuang dan panglima terbina bagitu. Perlu jelas matlamat dalam membina merka. Hanya untuk agama. Apabila kita membuat perancangan membina itu, kita nampak hasil yang bakal disumbangkan buat agama ini. Meski sikit,namun bernilai. Mungkin juga tidak berhasil, namun ketentuan Illahi itu lebih bijakasana dan sempurna. Yang penting, ada usaha daripada pihak kita, sebagai satu persembahan amal yang bermakna dihadapan Illahi sewaktu hari perhitungan kelak. Kita seharusnya berusaha membina tokoh, bukan mengharap sahaja lahirnya dia.

Moga umpama al-Fateh.

Salam hormat.

Friday, April 17, 2009

BULAN DAKWAH : BULAN UNTUK BERDAKWAH ATAU DAKWAH DALAM SEBULAN


Salam buat sekalian umat manusia.

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Secara mudahnya, itu adalah dakwah. Usaha membuat sambutan sempena bulan ini adalah sesuatu yang baru. Maklumlah, sebelum ini, kita biasa membuat sambutan hari kanak-kanak, hari pokok, hari tandas sedunia dan pelbagai hari-hari lain lagi. Namun, Bulan Dakwah? Sesuatu yang baru. Apakah matlamat yang ingin dicapai sebenarnya menerusi program ini? Adakah hendak menjadikan satu bulan khusus untuk berdakwah, atau mengajak manusia berdakwah dalam tempoh sebulan? Adakah dakwah perlu kepada perkara itu? Dan yang lebih utama lagi, adakah manusia memahami, apa itu dakwah sebenarnya? Janganlah kita menjadi laksana orang yang tenggelam dalam lautan ciptaan sendiri. Sibuk merencana program namun tidak tahu apa matlamatnya.

Menyingkap kembali sirah dakwah nabi, tatkala turun wahyu memerintahkan baginda berdakwah, menjadi seorang rasul, tugas terus digalas dan dipikul sehingga akhir hayat. Tidak pernah rehat, berhenti, mahupun malas. Usia yang tua tidak membatasi dakwah baginda. Itu adalah satu sunnah. Nabi hendak mengajar kita, tugas berdakwah itu perlu terus dilaksanakan. Mengapa? kerana itu sebahagian daripada hakikat kejadian manusia. Kita adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini. Tugas menegakkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini wajib dilaksanakan. Ini adalah bumi Allah. Allah pencipta dan pemiliknya. Lantas mengapa syariat, undang-undang, dan agama pemilik bumi ini tidak mahu dilaksanakan. Wajarkah penghuninya memilih undang-undang lain selain ciptaannya? Seperti sebuah rumah. Tuan rumah semestinya berkuasa penuh ke atas rumah itu. Layakkah tetamu membuat perangai sesuka hati di sana? Tentu tidak. Begitu juga pada waktu ini. Cuba kita sebutkan, di mana undang-undang Islam diterima pakai? Di mana syriat telah tertegak? dan yang lebih perit, dimana negara Islam, Negara yang mana seluruh perundangan da kehidupan berteraskan al-Quran dan sunnah? Tiada bukan?

Zaman kita sama dengan zaman nabi. TIADA NEGARA. Maka, tugas bergerak ke arahnya perlu kita buat dalam bentuk gagasan yang besar. Atas dasar itu, dakwah ini TIADA BATASAN TEMPAT DAN WAKTU. Mari kita lihat sejenak dengan mata hati ini. Adakah kesan melalui bulan dakwah itu sudah kelihatan? Adakah seluruh rakyat muslim negara ini sudah memahami,Apa itu dakwah? Adakah remaja kita sudah mengarti bahawa sesunggahnya haram bardua-duaan di taman bunga? Adakah artis-artis kita mula mengerti, aurat itu perlu di jaga? Adakah atlit-atlit kita sudah sedar bahawa menutup aurat itu wajib? Adakah oarang-orang besar negara sudah pelajari bahawa, makan hasil rasuah itu haram? Adakah masjid-masjid kita semakin ramai jemaahnya setelah berlalunya Bulan Dakwah? Nampaknya, seperti tiada apa yang berubah. Keadaan di sini masih seperti biasa.


Bukan niat penulis untuk memperkecilkan usaha ini. Tetapi, mahu semua sedar akan hakikat kini. Jangan kita menganggap, bilamana tamatnya bulan dakwah, tugas kita juga selesai. TIDAK. Dalam kehidupan seorang pemdakwah, tidak pernah sepatutnya wujud sikap ini. Cara berfikir sebegini perlu jauh dilontar kebelakang. Jika nabi bersikap sebegini, mana mungkin Islam itu berkembang. Pembersihan jiwa dan penggarapan tugas perlu kita teruskan agar di hadapan Allah kelak ketika hari pembalasan, kita tidak segan menunjukkan apa yang telah dikumpul selama hayat di dunia ini.

Dakwah itu kehidupan.

Sekian.

Monday, April 6, 2009

Neraca Alam

Salam buat sekalian pembaca.

Menjadi satu tabiat sumulajadi manusia, gemar membanding beza antara satu sama lain. Pantang melihat sasuatu perkara yang berbeza, mereka pasti akan cuba menimbangnya, menggunakan neraca sendiri mungkin, untuk mengetahui, mana yang lebih baik, mana yang lebih mulia, dan mana yang akan lebih disanjung. Begitulah secara mudahnya, mengapa menusia gemar membuat perbandingan. Dalam pada perbandingan itu dibuat, apa yang memusingkan pemikiran penulis adalah, atas paksi apa perbandingan itu didirikan? Apa yang menjadi tunjang kepada perbandingan itu? Paksi nafsu, paksi keilmuan, atau paksi keimanan?

Adalah menjadi impian sekalian ibu bapa, guru dan juga pelajar tentunya, untuk memiliki keputusan terbaik dalam peperiksaaan awam.12 A, 17 A, dan 21 A adalah satu kejayaan terbesar dalam hidup dan menjadi dambaan sekalian pelajar. Minda masyarakat menganggap, itu adalah puncak sekalian kejayaan. Manakan tidak, tatkala memperolehi sedemikian keputusan, tawaran datang bagai air yang pecah dari empangan. Liputan media tidak kenal erti jemu, bagi mengorek sekalian rahsia yang tersimpan disebalik tirai kejayaan itu. Sebaliknya, buat individu yang hanya terisi 1 hingga 6 A sahaja dalam slip mereka, dunia seakan sesepi padang pasir. Nama mereka tidak terlakar dalam lipatan sejarah akhbar arus perdana negara dan mungkin juga, dunia tidak terkesan dengan kewujudan mereka.

Begitu juga halnya, dengan sekalian teknokrat yang ada. Memiliki kerjaya semewah dunia disamping sekalian hartanya juga merupakan dambaan kita. Masyarakat menganggap apa-apa pun kerjaya yang diceburi, gajinya perlu mewah. Dompetnya perlu sentiasa terisi. Contohnya, pelajar daripada sekolah kerajaan tentunya akan lebih dipandang berbanding pelajar sekolah agama rakyat. Dalam minda masyarakat telah tersemat rapi, masa depan pelajar sekolah agama rakyat tidak ke mana. Timbangan sebegini dilatari dengan satu tafsiran yang silap. Apabila dunia menjadi ukuran, beginalah jadinya.

Adakah sekalian harta yang kita kumpul di dunia ini, bernilai ketika menghadap Illahi? adakah memiliki kerjaya yang kecil itu merupakan satu kehinaan? Adakah menjadi satu kehinaan jika memperolehi keputusan peperiksaan yang menyedihkan? Adakah ekonomi kapitalis, yang menjadi tunjang dan kebanggaan sekalian negara, bisa bernilai di ladang akhirat? Adakah dengan meletakkan dunia sebagai paksi penilaian, mampu membawa kepada kejayaan nan abadi? Bagaimana pula dengan neraca Illahi? wajarkah diketepikan? Neraca yang sentisa menuntut keikhlasan di dalam setiap amalnya, haruskah diabaikan?

Ini adalah satu persoalan yang wajib diselesaikan. Apabila bertembung antara neraca dunia dan Illahi, manakah yang perlu diikuti? Masyarakat perlu mengubah tafsiran sebegini. Tidak salah sekiranya hidup dengan kerjaya yang tidak seberapa, asalkan hati sentiasa patuh kepada Pencipta dan meninggalkan segala larangannya, itu adalah lebih mulia berbanding memegang dunia, namun amalnya tidak seberapa.

Lihat sahaja saudara di Gazza, harta tiada, negara dirampas, saudara dibunuh dan sebagainya. Namun, merekalah yang Allah sebut sebagai golongan yang mendapat sekalian nikmat di syurga kelak. Hanya kerana mereka mempertahankan iman, dan berusaha membebaskan bumi yang sememangnya milik mutlak umat Islam itu. Bagaimana pula kita? Muslim yang tinggal di negara penuh kemewahan an nikmat ini. Jika masyarakat Gazza boleh mempersembahkan hasil perjuangan mereka dihadapan Allah, bagaimana pula kita? Apa yang akan dipersembahkan? Kejayaan memenangi gangsa dalam lumba basikal dunia? Rangking nombor satu perseorangan badminton dan squash? Hasil dapatan tahunan Petronas? Jumlah pelajar memperolehi straigh A dalam PMR dan SPM? atau pemenang dalam pilihanraya Bukit Gantang di Perak ini?

Marilah mencari kerjaya yang apabila dipersembahkan di akhirat kelak, kita bisa tersenyum melihatnya.

Carilah neraca terbaik.

Sekian

Tuesday, March 17, 2009

Sukan Bola Sepak : Dalam Nilai dan Erti Perjuangan

Salam kesukanan buat semua.

Sukan ini satu lumrah tentunya. Sebut sahaja di mana-mana, pasti bisa seseorang itu mengenali permainan ini. Hanya sebiji bola yang diperlukan, tempatnya pula tidak menjadi persoalan. Yang penting kegembiraan ada di situ. Itulah bola sepak. Bagi seorang lelaki, sukan ini ibarat satu keperluan dan kemestian. Lihat sahaja sewaktu FIFA WORLD CUP atau EURO, pastinya mata sekalian jejaka akan terpaku di kaca televisyen, mononton aksi pasukan kegemarannya. Tiada salahnya di situ.

Apa yang ingin penulis bawakan di sini adalah falsafah yang tersirat disebaliknya. Oleh kerana sekalian manusia menggemari sukan ini, rugi sekiranya kita tidak mengkajinya. Dakwah itu amat luas ruangnya, maka mari kita mencarinya sebanyak mungkin.

Dalam sukan bola sepak, 12 orang pemain diperlukan oleh sesuatu pasukan. Daripada penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, penyerang, defensive midfielder, attacking midfielder, left wing, right wing, dan pelbagai lagi. Semuanya amat diperlukan bagi menjamin satu kemenangan. Setiap pemain itu memiliki peranan tertentu mestinya. Sebagai contoh, jika penjaga gol itu tidak memainkan peranannya, pasti dia mudah dibolosi. Natijahnya, kemenangan akan menjauhi pasukan itu dan kekalahan akan menghampirinya. Itu baru paranan di dalam padang. Bagaimana pula dengan mereka yang di luar padang? Jurulatih itu sendiri memainkan peranan n dalam pasukannya. Jurulatih perlu barpengalaman, bilak dan memiliki gaya kepimpinan yang bagus bagi mendidik pemainnya dan melahirkan pemain yang berkualiti dan memiliki nilai tambah. Secara mudahnya, setiap daripada mereka memiliki paranan sendiri. Peranan itu yang perlu dimainkan.

Begitu juga halnya dalam kehidupan ini. Setiap manusia itu ada peranannya. Telah Allah berfirman bahawa jin dan manusia ini dijadikan hanya untuk beribadah kepadanya. Itu adalah satu peranan terbesar manusia. Kerosakan dan kemaksiatan yang berlaku tika ini adalah dek kerana manusia tidak menjalankan peranan mereka. Lebih teruk lagi sekiranya mereka lari daripada amanah Allah ini. Mereka mahu hidup bertuhankan nafsu dan berkiblatkan dunia semata-mata. Apabila dunia itu letaknya di hati, maka binasalah kehidupan yang sementara ini.Hal ini akan menjadikan manusia itu kalah. Kalah kepada nafsu, syaitan, dunia berserta kemewahannya.

Selaku umat Islam, kita telah kalah. Masih ingat 1924? Apa yang berlaku? Ingat pengkhianatan ATTARTUK terhadap dunia Islam? ya. Khalifah telah tumbang. Itu tarikh kekalahan kita. Dan lebih perit kagi apabila kita ini sendiri yang memilih untuk kalah. Umat masih dalam kelesuan. Dihambat mimpi-mimpi indah nan panjang. Kita masih tidak mampu mengorak langkah dan memikul beban melaksanakan semula tugas berdakwah. Perlu kita ingati, khalifah itu wajib ditegakkan. Ia ibarat payung kepada umat Islam. Dan ledih tinggi lagi, perlu kita pastikan bahawa ketundukan seluruh umat manusia ini hanya kepada Allah sahaja. Umat Islam perlu kembali kepada Allah dan umat bukan Islam pula perlu menerima pemerintahan Islam dan mahu bernaung dibawahnya. Kerana hanya Islam sahaja jalan yang diterima Allah. Jika kita memilih jalan lain, niscaya redha Allah tiada bersama kita lagi.

Saudaraku sekalian, ambil ini sebagai satu ingatan bersama. Telah jelas kepada kita, peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran wajib dilaksanakan. Jika para dai'e tidak melaksanakannya malah lari daripada tanggungjawab ini, hanya keampunan Allah jua yang diharapkan. Kemurkaan Allah adalah seburuk-buruk perkara. Maka, menjadi kewajipan kita untuk terus bersiap-siaga demi memikul beban ini.Moga kita terus kekal di atas jalan para nabi dan rasul ini.

Peranan perlu dimainkan.

Sekian.

Sunday, March 8, 2009

Tua dan Muda : Kombinasi Emas

Satu salam perjuangan buat para teman.

Sememangnya sudah menjadi satu lumrah, ketuaan itu akan kita temui. Setiap makhluk yang bergelar insan ini pasti menemui zaman tuanya, satu zaman yang mana diibaratkan zaman pencen, dan zaman untuk mula beribadah. Mula mengenali Tuhan lebih tepat lagi bagi penulis. Begitulah ragamnya masyarakat kita. Masih ramai yang melihat bahawa sesungguhnya zaman tua adalah satu zaman berehat. Masa beramah mesra dengan keluarga. Dalam dunia pendakwah, sindrom ini amat bahaya. Telah ada yang mengatakan apabila sudah sampai usia emas, mereka telah 'graduate' daripada jalan dakwah lantas tidak mahu atau mungkin juga melarikan diri dari jalan para nabi dan rasul ini.

Sebenarnya, tidak kira dalam usia apa pun kita ini, tatkala kita menanam keyakinan dan perjanjian dalam diri untuk meneruskan tugas mendukung risalah Illahi, pastinya ada tugas yang sesuai dan mampu dilaksanakan. Bertepatan dengan kondisi kita pada waktu tersebut. Nabi itu sendiri terus berdakwah sehingga usia tuanya, hatta pembukaan Makkah itu dilakukan tatkala usia sudah lanjut. Namun, adakah baginda berhenti berjuang, berhenti berdakwah, mahupun berhenti berjihad? Sehingga ke usia emas baginda terus melaksanakan tanggungjawabnya. Itu adalah satu sunnah. Nabi mahu ajar kepada kita berdakwah itu sesungguhnya adalah satu proses yang panjang. Dakwah bersifat panjang dan perlu diwariskan. Itu adalah kaitannya antara tua dan muda.

Daie tua dan muda perlu digandingkan bagi menghasilkan satu gelombang revolusi. Gelombang yang dihasilkannya mampu menerjah segenap ruang dan pelusuk. Kedua-duanya perlu bergerak seiringan. Warga muda penuh dengan semangat, kekuatan, daya juang yang tinggi, keinginan yang mendalam untuk berubah dan tenaga yang perkasa. Manakala, warga emas pula sarat dengan pengalaman, kaya dengan nasihat, dan ilmu yang menggunung. Maka, apabila kedua-dua jiwa ini digabungkan dengan adunan Islam, kegemilangan Abbassiah itu umpamanya mampu dijelmakan kembali.

Lihat sahaja nabi itu sendiri sebagai contohnya. Dengan pengalaman, ilmu dan nasihat berguna yang dicurahkannya, pemuda-pemuda mampu dibentuk dan dijelmakan kekuatannya dalam bentuk tindakan dakwah. Umar, Bilal, Zubair, dan lain-lainnya adalah contoh-contoh pemuda yang hidup. Hidup jiwanya, hidup semangatnya, hidup fikrahnya, dan hidup amalnya. Contoh lain seperti Sultan Mahmed Al-fateh. Dalam usia awal 20 an sudah menjadi sultan dan mampu memimpin angkatan tentera yang besar lantas membebaskan Konstantinopel. Kejayaannya tidak terletak pada dirinya sahaja. Lihat bapa dan datuknya. Kedua-duanya pernah memimpin kampen membebaskan kota itu namun gagal. Tetapi, apa yang penting, kita lihat bagaimana semanagt itu mengalir dari seorang datuk, turun kepada bapa, dan akhirnya muncul dalam dirinya. Ini yang dimaksudkan dengan dakwah itu perlu DIWARISKAN. Pengalaman datuk dan bapanya digunakan sebaik mungkin untuk berjaya.

Begitulah sepatutnya. Para aktivis dakwah perlu menyedari hakikat ini. Sesungguhnya tiada istilah rehat atau 'graduate' dalam dunia dakwah. Yang ada hanyalah terus dan terus dan terus berkerja. Kombinasi antara tua dan muda bakal membuahkan hasil yang menguntumkan senyuman. Tiada halangan yang mampu mematikan kita dan tiada sempadan dalam dunia ini bisa membatasi kita. Usia muda, tua dan mati itu hanyalah sekali. Maka gunakanlah masa tua dan muda dengan sebaik mungkin. Mati itu juga hanya sekali, maka matilah dengan sebaik-baik kematian. Saat langkah pertama kita memasuki Jannah itu, itulah waktu untuk kita berehat dengan sepuas-puasnya. Pada waktu itu, kita akan duduk bersama-sama dan bersembang, mengenang kembali apa yang telah kita lakukan di dunia dahulu. Itulah sebesar-besar nikmat daripada Illahi. Indah bukan?

Sekian.

Wassalam.

Friday, March 6, 2009

Salam jihad buat semua.

Pada masa kini,jihad adalah satu isu yang hangat diperkatakan. Lebih-lebih lagi apabila pertempuran yang berlaku di GAzza sedang memuncak, laungan menyeru insan berjihad kedengaran di sana-sini. Dalam pada itu,tidak kurang juga para orientalis yang menyifatkan Islam agama keganasan dan ISlam itu merupakan agama yang disebarkan melalui peperangan. Hal ini berlaku kerana kedangkalan mereka tentang Islam itu sendiri. Persoalannya, adakah dikalangan umat Islam juga yang berfikiran sedemikian? dan mengapa pula isu jihad ini sering dikaitkan dengan pengebom berani mati dan disalah ertikan? Umat ISlam itu sendiri perlu mengetahui apa itu jihad dalam erti kata yang sebenar dan janji-janji Allah terhadapnya.

Jihad yang sering dimomok-momokkan kepada masyarakat adalah jihad dalam aspek lain. Kita digalakkan melakukan jihad ekonomi,jihad pelajaran, dan pelbagai lagi yang dipanggil sebagai jihad. Namun,jihad untuk mengangkat senjata,pergi berperang, dan mati untuk Islam amat jarang digesa kepada masyarakat.Tuntutan untuk jihad itu adalah sama pentingnya dengan solat. Sebagaimana solat itu wajib, jihad itu juga wajib.

JIhad perang dalam Islam tidak menjadikan harta, pangkat, nama,dan kekayaan sebagai sasarannya. Apa yang menjadi matlamat adalah menegakkan dan meninggikan kalimah Islamitu sendiri. Kerena apa? kerana Islamitu adalah agama yang lurus. Maka dengan berorientasikan matlamat ini,perang yang dilakukan oleh Islamberbeza dengan perang agama lain. Kita dilarang membunuh warga tua, anak-anak, wanita, haiwan, tempat ibadah, dan seumpamanya. Melainkan golongan yang menentang sahaja. Tidak seperti kaum kafir, membunuh wanita dan anak-anak serta warga tua menjadi matlamat mereka. Sikap Islam terhadap tawanan juga berbeza. Sebelum berperang, Islam sentiasa membuat tawaransamaada memilih Islam, membayar cukai atau berperang. Agama ini tidak mengajar kita menyerang secara membuta-tuli dan setiap tindakan mesti bertujuan. Begitu peperangan dalam Islam.

Janji Allah terhadap insan yang mati syahid:
*dosa terampun seawal titisan darah mengalir
*diperlihatkan tempat disyurga
*terlepas azab kubur
*tidak merasai gegaran hari akhirat
*dipakaikan dengan mahkota yang indah
*dikahwinkan dengan 72 bidadari
*mampu memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarga

Lihatlah, betapa besar janji Tuhan terhadap para syuhada. Ini menunjukkan, betapa penting tugas jihad untuk berperang ini dalam meninggikan agama Allah.

Satu persoalan buat semua. Pada masa kini, kita selaku umat Islam tidak memiliki negara. Cuba buktikan dimana letaknya negara Islam? Negara yang didalamnya terletak syariat ISlam dan perundangan yang berteraskan kalimah syahadah? Jawapannya mudah. Kita tiada negara. Maka, adalah menjadi kewajipan untuk kita membinanya. Usaha yang dilakukan nabi untuk membina individu dan seterusnya bergerak membina negara perlu dilakukan semula.

Jihad adalah satu tuntutan.

Wassalam.

Saturday, February 21, 2009

Lagu ISMA


Satu Ummah,Satu Acuan


Satu salam buat semua.


Merujuk pada karya lalu, kita telah melihat kerosakan yang berlaku. Anak-anak muda atau lebih tepat mereka yang hampir sebaya dengan kita begitu jadinya. Nampaknya, muda-mudi ini tidak dapat dibentuk dengan baik. Atau para pembentuk itu sendiri yang gagal untuk membentuk mereka. Pernah juga saya terfikir, adakah cara pembentukan remaja kita yang digunakan sekarang ini betul? Kepada apa rujukan pendidikan itu dibuat dan kerana apa ia diambil? Persoalan ini kiranya adalah perkara pokok yang wajar dibahaskan dan dikaji terlebih dahulu, jika kita mahu merangka atau menyusun sistem pendidikan di Malaysia.


Ini adalah pengalaman saya mengikuti sistem pendidikan negara selama 12 tahun. Jika kita kaji kembali sejarah, kita akan tahu susur galurnya. Pada pandangan saya, sistem yang kita miliki ini lebih kepada mahu melahirkan pelajar yang serba-serbi berkebolehan. Hebat akademik, aktif kadet dan persatuan, boleh berdebat, menguasai bahasa inggeris dengan baik, boleh mengatur program, menyertai sedikit-sebanyak kursus-kursus kepimpinan, dan pelbagai lagi adalah matlamat asasi yang ingin dicapai. Program yang dijalankan berorientasikan matlamat itu. Bagus atau tidak bukan persoalan yang ingin saya bawa, tetapi persoalannya sejauh mana semua itu memenuhi tuntutan hakikat kejadian manusia.


Telah Allah berfirman bahawa tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadanya. Di sini letaknya hakikat kejadian tersebut. kita dijadikan untuk beribadah kepada Tihan. Dan ibadah itu sendiri luas. Bukan setakat Solat dan puasa sahaja bahkan lebih besar daripada itu bagaimana dapat kita jadikan hidup ini SELURUHNYA sebagai ibadah kepada Tuhan. Jika benar sistem pendidikan kini berjaya, mengapa masih berlaku pelbagai masalah sosial? mengapa masalah dadah tidak dapat dibenteras? Sedangkan bijak pandai negara dan pemimpin-pemimpin juga ada terlibat dengan masalah sedemikian, kepada siapa lagi qudwah atau contoh itu hendak dirujuk?


Itu akibatnya jika acuan yang kita gunakan untuk mendidik tidak datang daripada pemilik alam ini. Bumi ini adalah milik Allah. dia yang mencipta dan bakal menghancurkannya. Maka dia lebih mengetahui bagaimana hendak mendidik penghuninya. Jika kita menjadikan sistem buatan manusia sebagai rujukan, ini jadinya. Manusia hilang nilai kemanusiaan. Mengapa mesti kita takut atau malu untuk ikut acuan Tuhan? Salahkah jika cara kita mendidik anak-anak kita berteraskan al-quran? Tidak bolehkah anak-anak kecil itu diperkenalkan dengan musuh-musuhnya agar dia dapat membezakan baik dan buruk, hak dan batil?


Maka sebab itu penting buat para pendakwah Islam memastikan fikrah yang dimiliki tidak terbiar begitu sahaja. Fikrah dakwah itu adalah harta pusaka terbesar yang perlu diwariskan kepada anak-anak kita. Biar dari kecil mereka diasuh dengan al-quran dan sunnah. Biar mereka membesar umpama panglima yang mana deruan tentera dan tindakannya meggegarkan alam. Dan pada malam hari pula umpama pendeta meraih kekuatan ruh daripada Illahi. Pastikan anak-anak kita tidak tersalah dididik dengan sistem pendidikan manusia ini. Fikrah itu perlu diwarisi.


Jangan menderhakai fikrah.


Sekian.

Friday, February 13, 2009

REMAJA DAN BERHALA HIBURAN


Salam kesedaran.


Mahu atau tidak, suka atau duka, ini adalah yang terpaksa kita akui mengenai remaja kita. Satu pegangan yang digemari segelintir mereka,'hidup umpama gula-gula getah, habis manis, beli yang baru'. Terkadang, penulis memikirkan, berapa lama keselesaan dan kemerdekaan yang kita nikmati ini akan berkekalan andai kepada pemuda-pemuda ini harapan kita disandarkan? berapa jauh negara ini akan dipacu atau lebih tepat lagi bagaimana dengan Islam akan terus disebarkan sekiranya majoriti muda-mudi kita demikian jadinya. Tidak mustahil negara ini dijual dan agama tergadai dek kerana kerusi-kerusi parlimen bakal dipenuhi muka-muka mereka. Namun begitu, Islam ini agama Allah. Sekiranya dikalangan kita ini tidak ada yang mahu beramal apatah lagi menyebarkannya, pasti, kita akan diganti dengan umat yang lain malah lebih baik.


Apa yang dimomok-momokkan buat remaja kita hanya seputar hiburan semata-mata. Buat yang kecil, hingga yang besar, semua ada. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen. tidak larat penulis hendak menyatakannya satu persatu. Di internet pula lagi bebas. 'you name it, they got it'. Itu ibaratnya. Bagi menghalalkan pula hiburan sedemikian, mereka menamakannya 'KONSERT DEMIMU GAZA','MALAM AMAL PALESTIN', dan pelbagai istilah lain yang merupakan retorik semata-mata. Pemikiran muda-mudi kita dicelarukan dengan aktiviti sebegini. Namun lelaki dan perempuan bercampur sekali. Penyanyinya pula tidak bertudung. Antara hak dan batil itu ada pemisahnya.Namun, jika kita cuba menggabungkannya, tentu penggabungan itu tidak bisa menjadi kerana tiada redha Allah bersamanya.


'Untuk mengubah manusia, perlu mengubah hati dan akhlaknya terlebih dahulu'. Kata-kata ini cukup terkenal dikalangan para da'ie dan murabbi. Namun, pada hemat penulis, apa yang kita lakukan sekarang ini terlepas daripada semua itu. Kedua-dua elemen ini kita abaikan dan sebaliknya kita terus mamberikan tumpuan kepada aspek-aspek lain seperti kecemerlangan akademik, kebolehan berucap dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila hiburan itu sendiri dijadikan kayu ukur terhadap kejayaan remaja.


Fikrah Islam ini perlu kita sebarkan. Ini satu fikrah yang mahal. Hanya darah dan nyawa yang bakal diuji untuk dijadikan taruhan. Apabila fikrah itu sudah masuk ke dalam hati, ia akan terbit laksana akhlak yang memukau. Pembinaan manusia perlu malalui tahap itu. Apabila kita membicarakan soal pembangunan manusia, namun terlepas kedua-dua aspek tersebut, itu hanya satu kepalsuan semata-mata. Pemuda-pemuda Hamas adalah contoh terdekat buat kita. Meskipun disekat, barbekalkan fikrah Islam yang ada, mereka terus mara. Fikrah itu mampu merevolusikan diri mereka menjadi lebih baik daripada aspek keberanian, persenjataan, amal ibadah, kesabaran, dan seumpamanya.


Pemuda-pemuda kita pula kebanyakannya berbaza. Selagi mana ada masa dan ruang, hiburan menjadi pilihan. Bayangkan jika dari kecil diterapkan dengan nilai ini, mana tidak ketagih jadinya. Hati-hatinya telah gelap. Maka jelas kepada kita, lebih utama membersihkan hati-hati ini dahulu. Jika tidak, kita bakal dipersoalkan diakhirat kelak.


Bandingkanlah remaja kita dengan remaja gaza. Bagai langit dan bumi.


Sekian.





Friday, February 6, 2009

Penduduk Gaza:Masyarakat Idaman Ummah


Salam persaudaraan buat semua.


Masyarakat Gaza MENAKJUBKAN. Itu adalah kata-kata terbaik yang mampu penulis sampaikan tentang mereka. Walaupun dibedil, dijarah, dan dinafikan haknya ke atas bumi sendiri, namun mereka tidak pernah mengalah. Mereka telah disarankan agar meninggalkan Palestin sewaktu pertempuran berlaku. Hal ini kerana bantuan tidak dapat disalurkan. Sempadan Raffah di Mesir telah menyekat bantuan buat mereka. Tambahan pula, serangan yang dilakukan oleh Israel amat dahsyat dan tidak adil. Apabila dibuat perbandingan daripada aspek material, bilangan tentera, dan kekuatan duniawi, sememangnya kemenangan akan dikatakan memihak kepada Zionis. Namun, hakikatnya tidak. Masyarakat Gaza masih terus berjuang dan tidak mahu berganjak walau seinci untuk memberi tanah mereka kepada Zionis. Satu rangkaian soalan bermain dalam minda masyarakat.Mengapa Penduduk Gaza bertindak sedemikian? Apakah yang menjadi pendorong buat mereka? Tidak pernahkah terlintas dalam jiwa mereka rasa letih akan perjuangan yang berat sebelah ini? Atau sememangnya mereka tidak memiliki pilihan lain melainkan terus berjuang.


Bagi penulis, jawapannya cukup mudah namun padat dengan pengertian. Walaupun dari aspek peralatan mereka tidak cukup, tetapi daripada satu aspek lain yang lebih besar, mereka telah cukup bersedia. Hati dan jiwa mereka telah dibina dengan cukup kukuh dan ampuh. Apakah teras kepadanya? Iman semestinya. Keimanan dalam jiwa mereka telah membunga dan akhirnya melahirkan rasa cinta akan agama, cinta akan perjuangan, dan cinta akan mati.


Satu analogi yang cukup mudah buat semua. Cuba bayangkan satu pokok yang besar dan gagah. Dahannya besar, tinggi, dan daunnya merimbun lantas mampu memberi keredupan buat penduduk alam. Namun, disebalik kenikmatan itu, ramai yang terlupa memerhatikan akarnya. Pokok itu memiliki akar yang besar, kukuh, dan mencengkam jauh ke dalam tanah dan membolehkan ia bertahan dan kukuh daripada kencangnya angin bertiup. Masa yang cukup lama diperlukan oleh sesebuah pokok untuk sampai ke tahap ini.


Begitu juga dengan masyarakat Gaza. Pendidikan pembinaan iman dan takwa yang mereka timba sudah cukup lama dan sebati dalam diri mereka.Masa muda tidak dihabiskan dengan berhibur semata-mata. Mereka telah lama menyedari bahawa sesungguhnya dengan membina dan mematangkan iman itu akan bisa memberi kekuatan buat mereka terus berjuang. Sewaktu majoriti muda-mudi dunia sibuk bergembira yang akhirnya membawa penyakit cinta akan dunia dan takut akan mati, pemuda-pemudi di Gaza pula sibuk menyuburkan iamn di dada agar terus berani untuk syahid. Betapa istimewanya mereka.


Iktibar yang dapat kita ambil selaku pejuang barisan belakang ialah tidak dapat tidak, isu iman perlu diselesaikan terlebih dahulu. Buatlah pelbagai kempen, kem-kem jatidiri, seminar-seminar pembentangan kertas kerja dan simposium cendekiawan bersama negarawan, serta laburkanlah berjuta-juta duit negara dengan alasan membina modal insan terbilang, namun sekiranya isu iman diabaikan, ibarat menunggu kucing bertanduk tindakan kita.


Masyarakat Gaza adalah model terbaik. Sepatutnya semua muslim perlu bergerak ke arah itu. Bina iman kita. Kini Gaza berperang. Siapa tahu suatu hari nanti giliran Malaysia pula berjuang. Giliran Malaysia pula ditindas dan lebih penting, giliran Malaysia pula untuk melahirkan syuhada dambaan syurga. Jangan kita kata diri ini beriman walhal, kita belum diuji.


Siapa tahu.


Sekian.

Friday, January 30, 2009

Hamas Selepas Perang : Satu Penilaian Semula


Salam sejahtera buat semua.


Setelah hampir 3 minggu, peperangan antara Hamas dan Zionis akhirnya tamat. umum kita mengetahui, perang tersebut dimenangi Hamas. walaupun dengan hanya berbekalkan senjata buatan sendiri dan menentang Zionis yang lengkap serba serbi, Hamas tetap teguh. adalah sesuatu yang merugikan sekiranya kita tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. berikut, penulis ingin berkongsi dapatan kajian ringkas daripada peristiwa tersebut.



Modal utama yang digunakan zionis bagi memasuki Gazza adakah amat mudah. DEMI MEMERANGI PENGGANAS. satu alasan yang rapuh. itu adalah lesen utama yang sering digunakan mereka bagi menghalalkan serangan dan pembunuhan yang bakal dilakukan. persoalannya, mengapa mesti Hamas itu dilabel sebagai pengganas? dan mengapa Palestine yang menjadi sasaran dan impian mereka? jika benar ingin memerangi pengganas, mengapa tidak ditumpaskan pembekal-pembekal dadah dunia yang bermaharajalela di Segi Tiga Emas? dan mengapa pula Parti Fattah(PLO) tidak diancam, diserang dan dikecam, meskipun mereka itu juga orang Palestine? MENGAPA MESTI HAMAS?



Bagi penulis, jawapannya cukup mudah. sewaktu pilihanraya umum Palestine pada tahun 2006, dunia melihat satu kejutan. Hamas menjadi pilihan rakyat Palestine berbanding Fattah. mereka menang melalui satu sistem pemilihan yang dipelopori Amerika iaitu sistem demokrasi. ibarat senjata makan tuan jadinya. Hamas dan Fattah cukup berbeza. rakyat melihat sendiri kelemahan Fattah sewaktu pemerintahan mereka. yang dilakukan hanya mementerai perjanjian damai, menandatangani pelan keselamatan yang diketuai Amerika dan terus duduk di meja rundingan. sedangkan, kekejaman Zionis semakin menjadi-jadi. tindakan mereka semakin menggila. Al-Aqsa dinodai saban hari dihadapan mata kepala mereka. TIADA AKSI DARIPADA FATTAH sewaktu itu. Hamas pula, sememangnya terbukti begitu berani menentang Zionis. Tiada istilah rundingan damai bersama Zionis pada waktu segenting ini. mereka dengan keras menuntut Israel keluar daripada bumi Palestine. sememangnya mereka layak berbuat demikian. Palestine adalah bumi umat Islam.



Ketika rakyat Palestine kesusahan, Hamas juga yang menolong mereka. mereka sanggup pergi ke hospital-hospital bagi melawat mangsa-mangsa kekejaman disamping menghulurkan bantuan. tanpa mengira pangkat dan darjat mereka. mereka menganggap jawatan itu satu amanah yang wajib dilaksanakan. berbeza dengan Fattah. mereka lebih selesa tinggal di dalam rumah-rumah mewah dan terus hidup dengan biaya daripada pihak musuh. apa yang perlu dibuat cukup mudah. hanya perlu duduk diam dan memejamkan mata dengan apa yang berlaku.

sewaktu serangan zionis itu sendiri menjadi bukti termudah. sedang pejuang-pejuang Hamas bertarung menentang zionis, kemana perginya Fattah? dimana bantuan mereka jika benar mereka ikhlas dan jujur berjuang? mengapa mereka terus senyap dan menyepi? ibarat lembu dicucuk hidung, mengikut sahaja segala telunjuk Zionis. atas sebab ini, rakyat terus memilih Hamas. dan dengan sebab yang sama ini juga, Zionis menafikan kemenangan dan pemerintahan Hamas dengan cuba mengaburi dunia bahawa Hamas adalah pengganas. Mereka mengiktiraf Fattah.



kini sudah terbukti akan kebenaran sebenarnya. dunia mampu melihat, siapa sebenarnya yang berjuang dan siapa pula yang temberang. perlu diingati, perjuangan di Palestine bukan sekadar menuntut hak-hak kebebasan semata-mata. ini adalah perjuangan Islam menentang kafir. Iman bertemu kufur. bumi yang dijajah itu milik umat Islam seantero dunia. Al-Aqsa, kiblat pertama umat dan masjid ke tiga terbesar wajib diselamatkan.



demikian sedikit perkongsian ringkas daripada penulis. diharap mata hati kita dapat terbuka bagi melihat kebenaran sebenarnya.



sekian.

Saturday, January 24, 2009

rapat umum


inilah wajah harapan palestine..

bukan sekadar untuk palestine..

namun mereka adalah wakil buat umat sejagat..

mempertahankan palestine daripada zionis..

persoalannya..

bagaimana pula kita...

berani bersuara...

melihat saudara-saudara di palestine...
kita dapat melihat keperitan yang mereka rasai..
kita tumpang bersedih..
marah akan zionis..

namun adakah benar kita merasai kepedihan dan keperitan mereka..
setelah kita habis melaungkan kemarahan..
pulang sahaja ke rumah..
kita masih seperti kita..

mampu makan,minum, dan bergembira barsama keluarga..
sedangkan pejuang-pejuang di sana..
sudah lama tidak mengecapi saat sedemikian..
mungkin ada yang telah lupa..
bagaimana manisnya bergembira..

jika benar kita bersama mereka..
sentiasalah muhasabah diri..
dekatkan al-Quran dan sunnah..
di hati..
jangan sekadar berapi sewaktu demonstrasi..
namun jiwa kita sebenarnya masih sepi..

Sunday, December 28, 2008

kenali kembali sejarah (sekual)

Salam buat semua.



Alhamdulillah, dengan limpah dan inayah Illahi, kita masih diberi peluang untuk terus hidup di alam ini. Saban hari, pasti ada roh yang kembali ke alam barzakh, dan pasti juga ada insan baru yang dilahirkan. Moga, dengan peluang yang dikurniakannya untuk terus hidup, akan bisa kita manfaatkan seoptimum mungkin, bagi terus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Kelak, apabila tiba masanya roh diwajibkan berpisah daripada jasad, dapat kita lalui dengan iman dan taqwa masih menebal di dada. Insya Allah.


Dalam topik sudah, penulis telah menyentuh salah satu daripada 2 isu yang ditekankan oleh nabi Muhammad kketika berdakwah di Makkah. Kali ini, isu yang kedua, iaitu akhlak pula yang akan disentuh.


Bangsa arab jahiliyah terkenal dengan pelbagai sifat-sifat negatif. Dalam erti kata lain, terkenal dengan akhlak jahil. Bagi para pelajar yang sentiasa memberikan tumpuan sewaktu kelas sejarah di sekolah, tentunya masih mengingati apa akhlak-akhlak tersebut. Merompak, berzina, minum arak, berjudi, amalan riba, menyembah berhala dan pengamalan kepercayaan animisma adalah antara contoh-contohnya. JIka kita lihat secara tidak langsung, akhlak-akhlak sedemikian turut diamalkan pada masa kini, walaupun kita dimaklumkan bahawa kini ialah zaman moden, zaman teknologi dan IT, zaman pasca merdeka, dan era globalisasi. Maka, adalah tidak salah bukan jika kita mengatakan zaman sekarang masih ada masyarakat jahiliyah. Namun, masih ramai yang menyangkal hakikat ini. Masih ramai anggota masyarakat yang tertipu, ditipu, atau mungkin lebih tepat diistilahkan sebagai menipu diri sendiri. Mereka menganggap apabila sudah merdeka, kehidupan bertambah moden, teknologi dan IT giat dipelajari dan manusia semakin menuju era globalisasi, kehidupan jahiliyah akan ditinggalkan. Itu adalah salah satu daripada tanggapan mudah dalam masyarakat.


Namun hakikatnya para pembaca yang budiman sekalian, itu adalah salah. Kehidupan masyarakat yang semakin maju dalam aspek kebendaan bukan kayu ukur sebenar terhadap nilai moral mereka. Sewaktu baginda berdakwah, apabila pengikutnya semakin memahami apa itu iman, mereka dituntut untuk mempratikkannya. Mereka dikehendaki untuk meninggalkan terus segala bentuk amalan jahil, sama ada kepercayaan, percakapan mahupun perbuatan. Zina, judi,riba dan sebagainya tidak lagi diamalkan oleh pengikut baginda. Amalan riba yang telah menjadi tradisi dan mengakibatkan si kaya terus kaya dan yang miskin bertambah miskin mampu ditinggalkan. Ini telah mengakibatkan masyarakat memandang Islam membawa keadilan buat yang tertindas. Sebagai contoh, Umar pula, apabila turun sahaja ayat yang mengharamkan minum arak, dia terus pulang ke rumah dan memusnahkan segala simpanan araknya. Dia mahu maninggalkan kehidupan jahiliyah secara TOTAL. Inilah kesan daripada iman yang disemai terlebih dahulu oleh baginda. Akhirnya, lahir generasi awal yang mantap iman dan akidahnya serta cemerlang pula akhlak. Inilah MANUSIA KELAS PERTAMA. Kita tidak memerlukan perancangan yang teliti dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial, dan sebagainya untuk melahirkan manusia super ini. Cukup dengan menyemaikan rasa iman dan taqwa terhadap Pencipta dan mempraktikkan akhlak mulia dalam kehidupan. Golongan ini akan mampu mengembangkan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang lain. Usah dirisau.



Pembaca sekalian,

Ini adalah kaitan yang konkrit antara iman dan akhlak. Kedua-duanya perlu bergerak seiring dan sejajar. Manusia tanpa kedua-dua nilai ini adalah manusia yang gagal kehidupannya, walaupun pada pandangan mata dan takrifan duniawi dia seakan-akan memiliki segala-galanya. Namun, jiwanya kosong dan lebih menyedihkan apabila individu itu tidak mengetahui apakah sebenarnya tujuan dia dijadikan di dunia ini. Allah telah menjadikan jin dan . Beribadah itu tidak terikat kepada solat semata-mata. Memang itu yang utama, namun satu aspek yang lain pula ialah bagaimana kita hendak menjadikan seluruh kehidupan ini sebagai satu ibadah kepada Allah. Bagaimana kita hendak memastikan setiap perkara yang kita lakukan mampu membawa diri kita semakin dekat kepada Allah. Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat dalam kehidupan kita. Ganerasi terdahulu mampu membina tamadun kerana mereka memastikan setiap perkara yang dilakukan hanya untuk mencari keredaan Allah sahaja. Jika kita ingin mencipta kembali tamadun itu, jadikanlah matlamat ini sebagai yang utama dalam kehidupan. Apabila kita lari daripadanya, maka itu yang akan menjadikan manusia hilang nilai kemanusiaannya. Jangan biarkan itu berlaku.
Sekian.