Salam buat semua.
cuti sekolah telah lama bermula.bagi seorang insan bergelar murid sekolah, tentunya waktu tersebut amat dinantikan.masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin, ibarat membalas dendam terhadap satu sessi persekolahan yang menjenuhkan.begitulah kebiasaannya.aktiviti-aktiviti seperti berpeleseran tanpa tujuan di pusat-pasat membeli belah, duduk melongo di cyber cafe dan tidur adalah menjadi pilihan uatama. sekadar satu cetusan pemikiran daripada penulis, mengapa anak-anak muda kita begini tingkah lakunya? benarkah tiada aktiviti lebih bermanfaat yang boleh mereka lakukan? atau diri mereka itu sendiri sebenarnya tidak sesuai untuk melakukan aktiviti yang lebih berfaedah? adakah ini hasil daripada sistem pendidikan yang kita banggakan?
tidaklah terlintas di hati penulis untuk menyalahkan mana-mana pihak. apa yang dinukil adalah pemerhatian penulis dalam tempoh tidak sampai sebulan ini. maka, apa yang harus dilakukan? wajar dibiarkan? atau ayuh diterjah anak-anak itu?
bertindak dengan bijak. penulis ingin mengajak pembaca sekalian untuk merenungnya dah berubah. sama untuk diri penulis sendiri. manfaatkan cuti dengan sebaiknya. jangan dipenuhi dengan senda gurau dan gelak tawa kosang sahaja.
sekian.
No comments:
Post a Comment