Salam ukhuwah.
Sejarah satu unsur penting dalam kehidupan. Ibarat kata-kata George Santayana,'mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya'. Ahli fillasiup moden pula sering mengatakan,'sejarah mempunyai satu tabiat utama, iaitu, ia sering berulang'. Maka, sebelum kita bercakap mengenai sesuatu isu, membuka perniagaan, membuat perancangan untuk diri, keluarga, mahupun organisasi, sehingga ke tahap menggubal akta-akta pentadbiran negara, kita perlu arif mengenai sejarahnya terlebih dahulu.
Tanggal 1924, satu detik hitam dalam peradapan umat Islam sejagat. Angkara Mustaffa Kamel Attartuk, dengan komplot bersama musuh-musuh Islam, Kerajaan Turki Uthmaniah tumbang. Institusi khalifah lenyap terus daripada muka bumi ini, dan umat Islam tidak memiliki negara lagi. Sejak daripada tarikh tersebut, pelbagai uasaha dilakukan oleh umat Islam seantero dunia untuk meneruskan kembali tugas yang dilakukan oleh para nabi dan rasul, termasuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Secara mudahnya, ia dipanggil tugas dakwah. Sebelum kita berbicara mengenai gerakan-gerakan ini secara lebih komprehensif, kita perlu mengetahui, kenapa tugas ini wajib dilaksanakan? Bagaimana cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Siapa yang perlu melaksanakannya? Kita juga perlu mengetahui mengapa Kerajaan Islam tumbang? Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu kita jawab terlebih dahulu. Persoalan-persoalan ini akan meningkatkan kefahaman kita dalam melaksanakan tanggungjawab yang amat berat, tetapi cukup mulia ini. Ini yang dipanggil sebagai menyingkap kembali sejarah.
Sebagai permulaan, mari kita kaji kembali, bagaimana kaedah yang digunakan oleh baginda Rasulullah SAW. Dalam proses awal dakwah baginda di Kota Makkah, ia terbahagi kepada 2, iaitu secara tersembunyi dan seterusnya secara terang-terangan. Bermula dengan ahli keluarga, saudara terdekat, dan seturusnya, sahabat-sahabat yang akrab dengan baginda. Siti Khadijah,Ali,Abu Bakar,Umar dan lain adalah individu-individu terawal menerima sseruan dakwah baginda. ini adalah informasi yang sedia kita ketahui.
Dalam proses awal ini, baginda menekankan 2 aspek utama, iaitu, menyembah Tuhan yang satu dan mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Persoalannya, mengapa isu ini yang dijadikan asas dalam proses tarbiyah dan dakwah baginda? Jawapannya mudah. Baginda amat yakin, dengan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah, manusia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Ini yang disebut sebagai iman. Meyakini bahawa Allah sahaja yang wajib disembah, ditaati, dan dipohan penggantungan. Seterusnya mengakui, baginda adalah pesuruh Allah di dunia ini. Ini perlembagaan asas yang terkandung dalam kalimah syahadah. Disebabkan kesan supra daripada pemegangan yang amat ampuh dengan kalimah syahadah, umat islam yang walaupun sedikit ketika itu, mampu menghadapi tentangan dan siksaan musrykin makkah. Masih ingat akan keluarga Yassir? kenal Bilal bin Rabbah? mereka adalah manusia suoper.Hasil daripada pendidikan yang mantap daripada nabi.
Para pembaca yang dirahmati,
Ini adalah isu pokok yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu iman adn taqwa. Manusia perlu dididik untuk memantapkan keimanan kepada Allah. Ini adalah kekurangan kita dalam dunia globalisasi ini. Pendidikan yang kita lakukan tidak cukup hebat bagi meningkat rasa keimanan dan praktisnya dalam kehidupan masyarakat, terutama anak-anak muda kita. Maka ini adalah langkah utama. SELESAIKAN dahulu isu iman.
Sekian.
No comments:
Post a Comment